Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua
pembaca yang dikasihi. Pernikahan merupakan sesuatu perkara yang sangat
indah yang amat dituntut oleh Allah S.W.T. Selalu kalau kita tengok
orang yang akan akad nikah mesti dia solat dulu dan lepas nikah pon dia
akan solat lagi. Tapi pernah kita ambil tahu cara bagaimana solat sunat
sebelum dan selepas akad nikah tu? Jangan main bedal je, orang lain buat
kita akad nikah nanti pon buat jugak, tapi apa yang disunatkan kita tak
tahu. Dah jadi sia-sia. So, jom kita baca artikel yang bermanfaat ini.
In Shaa Allah.
Setiap bangsa atau kaum di muka bumi ini mempunyai amalan tertentu yang
diwarisi secara turun-termurun dari nenek moyang mereka. Bangsa melayu
tidak terkecuali dari kenyataan ini mengenai adat. Dalam soal nikah
kahwin, bangsa melayu mempunyai satu adat yang khusus.
Sekiranya adat kebiasaan itu agak berlawanan dengan syarak, maka
sebaiknya adat itu diketepikan. Lebih-lebih lagi apabila adat itu secara
terang-terang melanggar hukum syarak. Oleh kerana kebanyakkan orang
melayu di negara ini beragama islam, maka perkara ini perlu diambil
perhatian utama.
Kebiasaannya, setelah selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki
dibawa bertemu perempuan yang yang telah sah menjadi isterinya untuk
“upacara membatalkan air sembahyang.”
Syaitan sentiasa berusaha menghalang orang-orang mukmin menjalin
hubungan lelaki dan perempuan secara sah. Apabila halangan syaitan itu
berjaya ditempuhi maka sepatutnya kita melahirkan rasa kesyukuran kepada
Allah swt yang telah memberikan pimpinan dan pertolongan dalam melayari
bahtera perkahwinan. Tiada cara terbaik bagi pasangan yang baru
melepasi halangan syaitan itu selain menunaikan solat sunat 2 rakaat.
Inilah sepatutnya yang menjadi adat istiadat kita setelah selesai
upacara akad nikah.
Bunyi upacara membatal air sembahyang itu sendiri sudah mempunyai
tanggapan atau nilai yang tidak baik. Maka baiklah solat sunat nikah ini
mengambil alih tempat adat yang tidak elok itu.
Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah
Solat Sunat Sebelum Nikah
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.
Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”
Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala
rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat Sunat Selepas Nikah
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru
selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan
solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat,
dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:
“YA
Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian
bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah
selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah
pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang
soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.
Engkau
anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan
daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam
keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup
kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak
kami ke jalan yang Engkau redhai.
Engkau
mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan
Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau
anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau
anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan
anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau
peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan
dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya
Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki
yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan
haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang
yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan
jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan
yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan
keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh
sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan
cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang
tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya
Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami,
cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau
peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar
menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan
taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.
Wallahualam