Tanda-tanda lidah yang kotor



Menurut Imam Al-Ghazali,tanda-tanda lidah yang kotor adalah :
  • berkata-kata yang tidak berfaedah.
  • berlebih-lebihan apabila bercakap.
  • suka bercakap yang batil.
  • banyak memaki hamun.
  • suka bertengkar/bertikam lidah.
  • mencari-cari kesalahan orang lain.
  • suka mengumpat
  • bergurau secara berlebihan
  • suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang.
  • bersumpah palsu
  • memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud :

 "Sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya." (Riwayat al-Tirmizi)

Wahai saudara-saudaraku, marilah kita renungi dan nilai diri kita adakah tanda-tanda tersebut terdapat pada diri kita.

"Kerana pulut,santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa"

No comments:

Post a Comment

Komuniti Blogger Muslim